Ingin mengetahui bagaimana INSKEN berperanan sebagai rujukan strategik dalam perjalanan perniagaan usahawan?
Ikuti perkongsian oleh Datuk Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN, dalam rancangan Apa Khabar Malaysia esok. Sesi ini membincangkan peranan INSKEN sebagai GPS Perniagaan bagi membantu usahawan menetapkan hala tuju, membuat keputusan dan berkembang dengan lebih teratur.
๐๏ธ 11 Disember 2025 (Khamis) โฐ 9.00 pagi โ 10.00 pagi ๐บ Astro 502 | unifi TV 631 | MYTV 121 | Facebook & YouTube BERNAMA TV
Berita baik! Sesi ini akan dijalankan secara hybrid.
Tinggal 3 hari lagi untuk anda sertai sesi perkongsian ini.
Ramai usahawan ingin memahami bagaimana Founder membina perniagaan dan bagaimana Successor meneruskan legasi tersebut dengan pendekatan yang berbeza.
Dalam sesi ini, anda akan mendengar sendiri pengalaman sebenar daripada tetamu istimewa tentang perjalanan mereka, cabaran yang ditempuhi serta pelajaran penting yang boleh dijadikan panduan.
๐ 13 Disember 2025 โฐ 3.00 petang ๐ www.insken.gov.my/bizfam25_online
Program Bimbingan INSKEN 2025 menunjukkan peningkatan yang ketara dalam prestasi jualan, pengukuhan operasi dan penciptaan peluang pekerjaan untuk usahawan di seluruh Malaysia.
Ini bukan sekadar angka. Inilah impak yang dapat dilihat merentasi aspek ekonomi, perniagaan, komuniti serta keberkesanan keseluruhan program. Pencapaian ini menggambarkan perubahan nyata hasil bimbingan yang diterima oleh para peserta.
Tahniah kepada semua usahawan, Industry Coach INSKEN dan BisKaunselor INSKEN atas dedikasi dan usaha berterusan sepanjang pelaksanaan program.
INSKEN akan terus memperkasa usahawan melalui program berimpak tinggi agar lebih ramai mampu berkembang secara mampan dan berdaya saing.
Satu kenyataan yang pedih tetapi benar, dan sebab itu kita perlu betulkan naratif ini bersama.
Dalam episod ini, Puan Viviantie Sarjuni, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN berkongsi perspektif tentang kepimpinan wanita, sokongan sesama wanita, dan mengapa empati jauh lebih penting daripada stereotaip โ๐ค๐๐ญ๐ฎ๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐ญ๐ข ๐ ๐๐ซ๐๐ง๐ โ.
Kepimpinan sebenar bukan tentang suara paling kuat tetapi impak yang tercipta untuk komuniti usahawan yang kita bimbing.
Tonton episod penuh di YouTube INSKEN: https://youtu.be/xy0rKHbxlcA?si=fep__NbiFmA2A1LV
Program Bimbingan INSKEN 2025 merangkumi pelbagai inisiatif termasuk INSKEN Mini Coaching dan INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC), di samping program pembangunan kapasiti lain yang menyokong pertumbuhan usahawan mikro di seluruh Malaysia.
Pendekatan bimbingan yang dijalankan membantu peserta memperkukuh operasi, pemasaran dan strategi perniagaan, seterusnya menyumbang kepada pencapaian positif yang diraikan pada Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2025 dan Anugerah Usahawan Madani INSKEN 2025.
Setiap daripada mereka datang dengan cerita yang berbeza.
Ada yang membangunkan semula bisnes keluarga, ada yang meneruskan usaha sambil melawan sakit, ada yang pernah diragui dan ada yang bermula semula dari kosong.
Sepanjang bimbingan, mereka mengukuhkan kembali asas perniagaan dengan belajar kira kos dengan tepat, mengenal pelanggan, menyusun operasi dan merancang pemasaran dengan lebih jelas. Perubahan kecil yang mereka lakukan inilah yang akhirnya membantu mengubah cara mereka menguruskan perniagaan hari ini.
Mereka antara yang diraikan pada 6 Disember lalu di Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2025.
Tahniah kepada semua atas usaha dan semangat yang tidak pernah henti.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Usahawan MADANI INSKEN 2025.
Mereka yang diraikan merupakan alumni INSKEN daripada pelbagai siri program terdahulu. Rangkaian industri yang mereka wakili merangkumi teknologi, tenaga boleh diperbaharui, pembuatan, perkhidmatan dan perusahaan berasaskan produk. Setiap usahawan memperlihatkan perjalanan pertumbuhan yang kukuh melalui operasi yang lebih mantap, peningkatan prestasi jualan serta peluasan kapasiti perniagaan.
Pengiktirafan ini diberikan kepada usahawan yang menyelaraskan pertumbuhan perniagaan dengan nilai Malaysia Madani, mengekalkan perjalanan keusahawanan yang konsisten daripada penubuhan hingga kejayaan semasa serta menunjukkan potensi masa hadapan melalui prestasi perniagaan, kedudukan pasaran, keupayaan pengurusan, inovasi dan elemen ESG.
INSKEN akan terus menerajui pemerkasaan usahawan melalui program yang berstruktur, berimpak dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Hari ini, INSKEN menganjurkan dua acara utama sebagai penutup tahun 2025, iaitu Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2025 serta Anugerah Usahawan Madani INSKEN 2025. Kedua-dua acara ini diraikan bagi menghargai usaha, komitmen dan transformasi para usahawan dalam memajukan perniagaan masing-masing.
Majlis dimulakan dengan pembentangan prestasi oleh Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Puan Viviantie Sarjuni, yang mengetengahkan perkembangan dan impak program sepanjang 2025. Seterusnya, majlis dirasmikan oleh YBhg Datuk Mustaffa Kamil Ayub, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah INSKEN.
Turut hadir: โข Yang Berusaha Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar dan Pemantauan KUSKOP โข Yang Berbahagia Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Keusahawanan KUSKOP โข Ahli Pemegang Amanah INSKEN โข Pengurusan tertinggi INSKEN
Tahun 2025 turut mencatatkan hasil yang memberangsangkan:
โข 1,309 usahawan mengikuti Program Bimbingan INSKEN โข RM22.4 juta peningkatan hasil jualan berjaya dijana โข 710 peluang pekerjaan baharu diwujudkan โข 57% usahawan mencapai peningkatan jualan minimum 25% โข 59 usahawan meningkat daripada kategori mikro ke kecil โข 100% peserta Mini Coaching mencapai sasaran keseluruhan program
Majlis hari ini menjadi simbol penghargaan kepada ketekunan dan usaha para usahawan dalam membina perniagaan yang lebih mampan, berdaya saing dan memberi manfaat kepada komuniti.
Tahniah kepada semua alumni dan penerima Anugerah Usahawan Madani INSKEN 2025. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin kepada perkembangan yang lebih besar pada masa hadapan.
Anugerah Usahawan Madani INSKEN 2025 merupakan sebuah pengiktirafan buat usahawan yang membangunkan perniagaan selaras dengan nilai Malaysia Madani, memberi manfaat kepada komuniti serta menyumbang kepada ekosistem keusahawanan negara.